0

Kembara Cambodia 2008

Posted by Azmi Ali on 8:47 PM

Chapter 1 - Tertinggal Keretapi

Kami memang merancang untuk bercuti ke Cambodia sejak bulan Nov tahun lepas lagi. Setelah mencari maklumat-maklumat penting dan mengutip pengalaman-pengalaman dari mereka yang pernah prgi ke negera tersebut, kami akhirnya membuat keputusan untuk melalui percutian secara "back packers", tanpa melalui ejen pelancong. Segalanya kami buat sendiri dari A-Z dan pastinya perjalanan yang mencabar.Percutian kami akan mengambil masa lapan hari termasuk waktu perjalanan, sebab kami tidak akan naik kapalterbang ke sana, sebaliknya menaiki keretapi dan hanya pulang ke Malaysia sahaja akan menaiki kapalterbang. Aina dan yaya seperti biasa ditinggalkan kat kampung bersama uwan dan sepupunya....

11/3/ 2008 ( Hari Pertama) Pukul 7 pagi lagi kami dah keluar rumah menuju Puduraya untuk ambil bas ke Butterworth (tiket pukul 9.30 pagi dan dijangka sampai ke Butterworth kul 1.30 petang) .Dari Butterworth nanti kami akan naik keretapi ke Bangkok. Sampai di Puduraya, kami b'fast kenyang-kenyang sebab takut tengahari tak sempat nak makan. pukul 9 pagi kami menunggu bas "Durian Burung" yang bakal mambawa kami, tapi masalahnya sampai puul 10 pagi tak muncul-muncul. Kami dah resah, sebab takut tak sempat nak sampai sebelum pukul 2. petang kat Butterworth sebabnya keretapi akan bergerak kul 2.20 petang.
Pukul 10.05 minit baru bas sampai, dan bergerak meninggalkan Puduraya kul 10.15. Sepanjang perjalanan kami dok plan macamana kalau kami terlepas keretapi dan langkah yang perlu diambil sebabnya kalau boleh kami tak mau kacau plan asal dan kami kena bertolak ke Bangkok hari ini jugak.
Kami call abang Ipar (Abang Zahar) yang memang kerja dengan Keretapi Tanah Melayu dan dia mencadangkan jika kami tak sempat naik kat Butterworth , kami naik teksi ke Alor Setar atau Padang Besar sebab keretapi tu akan turut berhenti di sana.
Jadi dalam bimbang2 tu, kami lega sikit sebab dah ada plan yg boleh diikut. Sepanjang perjalanan pulak bas tu gerak slow nak mampus..., (tak tahulah kalau itu hanya perasaan kami je), tp rasanya mmg slow dan siap berhenti kat hentian R&R selama 30 minit (tp tak ingat hentian mana). Kami dah pasrah, waktu gerak dari hentian R&R tu dah pukul 1.15, maknanya kalau sampai ke Butterworth pun paling awal mungkin dlam kul 2.45 atau selewat-lewatnya kul 3 petang. Jangkaan kami tepat, akhirnya kami sampai pukul 2.45 petang. Kami tengok tak de lansung keretapi , jadi kami terus ke tempat pemandu teksi melepak, tanya nak ke Alor Setar, diaorang cakap boleh hantar tp kena bayar RM100...., mak aiiii...mahalnya. Kami tak jadi ambil dan terus ke stesen Keretapi dan tanya dengan staff KTM tu, dia kata keretapi ke Bangkok bergerak kul 2.30 petang tadi dan kalau nak selamat baik naik teksi ke Hat yai, sebab dari Butterworth ke Hat yai hanya mengambil masa 3 jam dan keretapi akan sampai sana dalam kul 6.30 petang ke sana.
Kami rasa tak de pilihan lain sebab dah kesuntukan masa, takut nak naik dari Alor Setar dan Padang Besar, tak sempat, Jadi staff KTM tu panggil teksi yang mmg biasa bawak penumpang yang tertinggal keretapi ke Hat yai dengan bayaran RM180......, dalam tak rela tu..terpaksa jugak ambil sebab kami kena naik keretapi ke Bangkok.
Kami gerak dari Butterworth dalam kul 3.15 petang, nasib baik pemandu teksi tu mmg dah biasa ke hat yai, jadi dia tahu nak guide kami ke sana dan yg penting di Sempadan nak masuk Thailand nanti.
Sepanjang perjalanan kami hanya menikmati pemandangan dan tidor...ZZZZZZzzzzzzzz... letih sangat badan terkejar-kejar tp seronok melalui pengalaman yang berharga ini.
Setelah melepasi Pulau Pinang dan masuk ke Kedah, kami sampai di sempadan Malaysia -Thailand dalam kul 5.45 petang (4.45 waktu Thai) dan kami sampai ke Danok utk cop pasport dan dari Danok ke Hat yai akan mengambil masa lebih kurang sejam lagi. Waktu ni rasa syukur sgt sekurang-kurangnya dah memasuki Thailand, jadi kami teruskan perjalanan akhirnya pemandu teksi membawa kami terus ke stesen keretapi di Hat Yai utk menunggu keretapi sampai, sempat kami rehat lebih kurang 45 minit sementara keretapi sampai yang dijangka pukul 6 petang. Keretapi ke Bangkok sampai seperti waktu yang ditetapkan...., bila kaki jejak naik dalam keretapi.. senyum kami sampai ke telinga... , perutpun rasa lapar yg amat, nasib baik kami ada bawak bekal biskut. Nak order makanan kat atas keretapi takut tak halal, maklumlah keretapi ni milik kerajaan Thailand. Pukul 7 , keretapi yang mulanya jadi tempat duduk terus di tranformkan kepada katil, maka tidurlah kami malam tu atas keretapi dengan nyenyaknya.

12/3/2008 (Hari Kedua) Memasuki Bangkok.

Kami bangun kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (Malaysia 7 pagi), terus gosok gigi dan basuh muka, kami sempat b'fast pagi tu dengan buat air nescafe 3 in 1 yang dibawa dan makan biskut serta maggi cup, cukup nikmat rasanya ....
Perjalanan selama 20 jam tak lah membosankan, kerana ramai yang macam kami, terutama mat salleh, ada yang dari England, Canada dll lagi, sempat juga kami berkenalan di dalam keretapi.
Kami turut berkenalan degan seorang lelaki dari Gombak namanya Sham, dia dah setahun belajar di Universiti di Bangkok. Dialah yang banyak memberi kami beberapa info terutama beberapa tempat yang boleh dilawatai sepanjang berada di Bangkok nanti. Katanya kami rugi tak datang hujung minggu sebab ada pasar besar di Chatuchak yang jual macam2 jenis barang yg murah2...
Kami sampai di stesen keretapi Bangkok di Hua Lamphong, kul 10.30 waktu tempatan, terus cari bilik untuk tidor semalaman, oleh kerana keesokkannya kami kena bertolak naik keretapi awal untuk memasuki sempadan Cambodia, maka kami decided untuk tidor di sebuah guest house di belakang stesen keretapi tu je. Untuk satu malam, sewanya lebih kurang B500 atau RM50. Kira okleh biliknya lagipun untuk semalam je dan yg penting biliknya bersih...,
kami terus letak braang2, tanpa mandi, kami keluar untuk cari makan. agak sukar nak cari makanan halal di Bangkok ni, nasib baik kat stesen keretapi tu apa food court dan ada satu gerai makanan halal, kamipun apa lagi terus terkam nasi dan makanlah kami dengan lahap tahap gaban .
Lepas makan kami beli prepaid dulu untuk call budak2 di kampung dan bagi tahu kami dah sampai Bangkok. Selepas tu kami terus ke stesen Metro (MRT) Hua Lamphong kat sebelah stesen keretapi tadi. Kami beli pass untuk satu hari berharga B120 atau (RM12) yang membolehkan kami merayau2 di sekitar Bangkok dan berhenti di mana-mana stesen MRT. Lokasi pertama yang dituju ialah di Silom yang cukup happening terutama pusat-pusat hiburan. Kami merayau-rayau di sekitar ceruk jalan tanpa arah tujuan, saja nak tengok kehidupan orang di Bangkok. Waktu kami sampai di sana dah pukul 12. tengahri, mereka yang bekerja , keluar untuk lunch, jadi mmg sibuklah waktu tuh.... ,Kami pun sempat jugak merayau di sekitar Thanon Suriwong yang terkenal dengan pusat hiburan di sana, macam2 nama kelab ada kat sana. Waktu siang mmg nampak tak de pape, tp malam mmg hidup kawasan tuh.
Oleh kerana rasa badan dah terlalu busuk, kami akhirnya balik ke guest house kami dulu untuk mandi-mandi dan petangnya kami keluar semula untuk mencari makan-makan dan jalan2 di sekitar Bangkok.
Lokasi pilihan kami stesen Lumphini sebab ada night market yang terkenal kat kawasan tub iaitu Suan Lum Night Barzaar. Kami keluar je dari stetsen MRT tu kat depan sikit tengok2 ada gerai makan dan Alhamdulillah ada dua buah makanan halal kat situ, kami apa lagi terus tak lepaskan peluang alas perut. Selesai makan kami jalan-jalan kat sekitar night market yang menjual pelbagai barangan termasuk kraf, pakaian dan bermacam2 pilihan. Bila kami merayau kat sini tengok2 ramai pulak rombongan pelancong dari Malaysia yang membeli belah kat market tuh. kira tempat ni memamg besar jugaklah, puas kami merayau malam tu sampai pukul 10 malam baru kami balik bilik untuk berehat bagi meneruskan perjalanan keesokkannya....


0 Comments

Copyright © 2009 Nota Kembara All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.