0

Merentas Sempadan

Posted by Azmi Ali on 5:33 AM
HARI KE 3 - 13/3/2008 (Khamis)

Kami bangun seawal pukul 4.30 pagi, kerana takut tertinggal keretapi lagi   . Hari ini kami akan menaiki keretapi pukul 5.50 pagi dari Bangkok ke stesen Aranyaprathet bagi membolehkan kami memasuki sempadan Cambodia. Perjalanan kami hari ini akan mengambil masa 6 jam. Setelah siap berkemas kami terus check out kira-kira pukul 5.15 pagi dan terus ke stesen keretapi. Kami terus membeli tiket di kaunter. Harga tiket ialah B48 (RM4.80). Keretapi yang kami naik nanti adalah keretapi kelas 3. Hanya keretapi tu je yg ada dan train menuju ke Aranyaprathet hanya dua kali dari bangkok satu pukul 5.50 pagi dan satu lagi pukul 1.30 petang. Sambil menunggu keretapi, kami sempat mengalas perut dengan secawan coffee dan roti. Kat stesen keretapi di sini sentiasa ramai manusia, awal pagi beginipun telah ramai yang menunggu , malah ramai di kalangan mereka yang tido di stesen keretapi   . 
Ramai pelancong-pelancong '"back packers" yang berada di stesen keretapi, dalam hati harap-harap ada di kalangan mereka yang sama seperti kami menuju ke sempadan Cambodia.
Keretapi bergerak tepat pukul 5.50 pagi. Kami tengok ramai sungguh yang naik keretapi ni, bukan sahaja orang Thai tetapi jugak pelancong asing. Kami duduk di gerabak yang agak hujung.
Dalam keretapi ni jangan haraplah ada air corn, cuma ada kipas dan tingkap pulak boleh dibuka. Nasib baiklah kami gerak waktu pagi, jadi taklah panas, kalau naik train kul 1.30 pagi mesti bermandi peluh. Dalam keretapi ni macam2 ragam manusia, yang cukup mencuit hati, jiran yang duduk depan kami ni, landing tak hengat..dari start naik train sampai lah ke Aranyaprathet..., 
Kami sempat berkenalan dengan seorang minah dr England , nama dia Safron. Dia ni dulu keja Bank, tp berhenti keja sebab nak travel. Dia dah sampai ke China, Hong Kong, kemudian ke Bangkok. Selepas Cambodia dia nak gi Malaysia pulak...., dengar cite dia macam syok je..
Sebenarnya ramai lagi pelancong asing terutama dari Eropah yang buat cam tu, berhenti keja dan travel berbulan-bulan, dah bosan baru balik ke negara semula utk carik keja. Minah Safron ni mmg blues, jalan sorang-sorang je... cayalah...    .
Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan- kawasan perkampungan dan pendalaman di Thailand, kira pemandangannya lebih kurang macam Malaysia jugak, cuma rasanya perkampungan kita lebih cantik dan tersusun.... Malaysia tetap di hatilah...   
Setelah melalui perjalanan yang panjang, akhirnya kami sampai di stesen terakhir di Aranyaprathet kira-kira pukul 12.30 tengahari. Mak aiiiiiii....panasnye hari waktu tu, sampai je kat hentian tu, tengok2 dah ramai tut-tut menunggu. Kami dan Safron menuju ke tut-tut yang sama untuk ke sempadan dengan harga B80 untk tiga orang. Semasa dalam perjalanan tu, pemandu tut-tut tu kata , kami kena buat visa dulu sebelum masuk ke sempadan. Oleh kerana kami ni orang Malaysia, jadi visa tidak diperlukan untuk memasuki mana-mana negara Asean. Si minah Safron ni kenalah buat. Jadi dia hantar kami semua ke sebuah kedai makan untuk urusan visa. Di SINILAH BERMULANYA PENIPUAN TERANCANG DIORANG NIH......
Kami tak sedar kami di tipu, kerana semuanya berjalan lancar seperti tiada apa-apa yang berlaku...LICIK sungguh mereka ni....
Semasa nak menuggu Safron siapkan visanya, seorang lelaki starff kedai tu kata, pihaknya menyediakan kenderaan untuk memasuki Siem Reap yang akan mengambil masa katanya selama enam jam dari pintu masuk Cambodia di Poipet. Mamat Thai tu kemudiannya menceritakan kepada kami keadaan di sempadan nanti yang merbahya utk pelancong. Dia memberi gambaran yang cukup negetif dan sentiasa mengingatkan kami sentiasa berhati-hati (Macam ikhlas je nasihat dia tu), lepas tu dia kata, nak masuk ke Siem Reap juga bahaya sebab banyak syarikat teksi yang menipu, jadi dia cadangkan naik kenderaan yang disediakan oleh syarikatnya dengan membayar USD20 atau RM60 seorang. Bila dah cerita macam tu mesti kami rasa takut, bukan dengan kami dan Safron je dia cite, tetapi ngan beberapa pelancong asing lain. Jadi akhirnya untuk langkah-langkah keselamatan kami setuju naik kenderaan mereka. Mula-mula kami di bawa menaiki jip ke sempadanan Thai-Cambodia yang letakknya mungkin dalam 2KM dari kedai tu. Bila nak masuk ke Imigresen tu mmg adalah budak2 pengemis yang miskin kat sini minta sedekah, tp keadaannya taklah seteruk yang kami bayangkan. Lepas cop keluar dari Thai, kami dibawa berjalan kaki dalam keadaan panas terik tu untuk pergi pulak ke kaunter Imigresen Cambodia di Poipet. Kat sini kira happeing jugak, dalam muka bumi yang panas berdebu dan kering di kawasan tu, terdapatlah pulak pusat kasino yang besar kat sini untuk org gila judi.... he.he..,
Masa kat Imigresen ni, ambil masa agak lama sikit sebab terlalu ramai pelancong nak masuk ke Siem Reap, tambahan kaunter yang disediakan hanya 3 je, dahlah tempatnya sempit dalam keadaan bersesak-sesak tu, kami ambil masa lebih kurang 45 minit untk settle sume. Lepas tu kami bersama pelancong2 lain dibawa pulak naik bas yang disediakan untuk ke tempat pengangkutan awam. Masa turun dari bas tu, mamat yang menakutkan kami mula-mula tadi, memainkan peranannya semula dengan berkata, lebih baik tukar duit di sini dengan mata wang Cambosdia (riel) sbb kat Siem Reap nanti tak de money changes. Maka sume dalam bas ( lebih kurang dalam 20 orang) yang kebimbangan terus lah ke kedai money changers tu untuk tukar duit. Dia kata mata wang yang boleh digunakan di Cambodia ialah riel atau USD, Kalau guna USD kami kena bayar lebih, jadi dia nasihatkan kami guna riel. Nasib baiklah kami ni cerdik sikit, maka kami tukarlah sedikit duit matawang USD yang dibawa dari KL tuh. Lepas dah tukar duit tuh, mamat tu suruh kami naik sebuah bas yang katanya akan membawa kami ke Siem Reap. Laaaaaa...naik bas je rupanya ..kami ingatkan kami akan dibawa dengan baik teksi. Sebab bayaran USD20 tu kira banyak. Cuba bayangkan sume dalam bas seramai 30 orang tu bayar dengan bayaran yang sama...tak kayo dibuek eh....... Kami dah frust masa tuh, nak mintak balik duit tak boleh, jadi nak tak nak, kena naik jugak lah bas buruk yang keras tempat duduk tuh. Selain pemandu ada seorang guide yang menerangkan kepada kami tentang perjalanan yang bakal dilalui nanti. Katanya perjalanan dengan bas akan mengambil masa 6 jam sebab seadaan jalan yang tidak elok. Masa tu dah terbayang , maknanya malamlah kami akan sampai ke Siem Reap. Mamat Khamer ni cakap kalau naik teksi akan mengambil masa 4 jam je, dan bas tak boleh bawak laju sebab takut tayar pancit dan sebagainya. Masa kami bertolak dari Poipet tu waktu dah pukul 3.15 petang dan kami dijangka sampai dalam kul 9 malam ( itupun kalau tak de apa-apa berlaku dalam perjalanan).
Sepanjang perjalanan kami hanya melihat pemandanagan di sekitar perkampungan di Cambodia. alahai sian sangat tengok rumah diorang, ada yang terlalu daif. Dahlah daif, pastu penuh dengan debu jalan yang tak bertar. Tanah kering dan tak de pokok2 macam kat sini.
Lebih kurang tiga jam perjalanan bas ni berhentilah pulak kat sebuah restoran untuk makan malan, sebab katanya nanti akan sampai ke Siem Reap malam takut lapar. (Alahai baiknya lah pulak, tp sebanarnya driver tu yg nak mencekik...geram tul). Dahlah restoran tu bukan jual makanan hahal, sume kebanyakannya ada campuran (B***)..., kami ni tak beranilah nak makan, melainkan order air je, Tp pelancong2 lain yang tak muslim tu...bialahkan, telan je...
Lepas tu , baspun teruskan perjalanan dan haripun dah gelap masa tu. Guide tupun mulalah cakap , mereka ada menyediakan guest house untuk menginap dan bas itu akan terus bawa kami ni sume ke guest house tersebut. Masa tu kami dah terkejut beruk..... , mana boleh jadi macam nih??? kami dah booked guest house lain. Rupa-rupanya nilah taktik mereka, sengaja bawak bas lambat2 biar sampai malam kat Siem Reap dan bila dah malam, badan sume dah letih, jadi penumpang tak de pilihan lain , nak tak nak kena duduk juga kat guest house mereka. Lagipun dah malam, cam ne nak carik guest house kan????. Pandai sungguh mereka nih. Tp kami ttp tak puas hati, dan terus cakap dengan guide tu yg kami dah bayar deposit guest house yang nak kami tinggal tuh. Muka Guide tu terus berubah dan macam tak nak layan kami je....   

Haha..padan muka dia akan hilang 2 orang guest. Sesuka hati mak dorang jek...walaupun kami dah plan baekk punya sebelum pergi dan dah tau taktik2 dorang ni melaui internet...dah takdir..tipah tertipu jugak...sebab sebelum sempadan lagi dorang dah buat keje. Kalau dulu dorang buat keje ni kat sempadan...so la ni makin advance dah..siap tunggu kat tren dah...jadi kalo sapa2 nak pegi, jangan la amek apa2 offer dari sapa2..terus je naik tuk-tuk ke sempadan..lagi senang.

Sambil tu kitorang dah ber'sms' dengan pemilik guesthouse yang kami nak tinggal tu. Memang helpful betul dorang. Sejak dari email kat Malaysia lagi banyak info yang kami dapat dari dorang. Dan dorang janji akan pick up kami sesampai je kami kat Siem Reap. Pick up 'free' je...
Apa yang kitorang paling tak sangka...setelah melalui semua tadi dengan jalan yang teruk, kediaman kampung yang daif...sampai je kat Bandar Siem Reap, kami di hidangkan dengan hotel-hotel 4-5 bintang bila masuk je ke dalam bandar. Malamnya sungguh 'Happening' dengan pub, club, hotel2 dan tempat spa dan urut...tak ketinggalan gerai buah dan makanan hampir di sepanjang jalan. lain sangat dengan apa yang di momokkan oleh dorang tadi...dasat gile..tak nampak cam tempat penyangak ponn... buat kitorang tak sabar nak pegi ke guesthouse kitorang tu...

Sampai je kat sana kitorang pun cuba nak hubungi orang guesthouse kami tu. Nak jadi cerita...prepaid plak dah nak habis & bateri pon dah nyawa2 ikan je...pergh macam drama Samarinda habis....   ..aleh2 tetiba 2 orang mamat ni tanya..u want to go to garden lodge? Kitorang pun tengah konpius sebab yg kitorang nak pegi tu Potted Palm Garden....kitorang pun tanya..Lida? (nama tokey guesthouse tu)..."yes..yes..."...fuhh..lega gile rasanya..ropenya dia ada 2..satu Palm Garden Lodge..dan satu lagi Potted Palm Garden tu dorang dah convert jadi spa...terus je kami naik tuk-tuk yang dorang bawak meninggalkan terus puak2 tadi..lantak la..hehe

ada jugak 2-3 orang lagi yang blah jugak..maybe dorang pun dah booking cam kitorang. Kami tanya staff ghouse tu selmat ke jalan malam kat sini...dorang kata takde masalah..semua selamat. Bank banyak,,ATM pon banyak...semua kemudahan ada..So sampai je kat guesthouse, kitorang disambut mesra oleh Solida, tokey ghouse. Lega easanya..walaupun jauh sikit ke dalam...tapi lobbynye nampak OK...harga pun berpatutan. Siap ada 'welcome drink' lagi ngan cold towel..cam hotel plak :D. Dengan harga USD9 semalam kami dapat bilik kipas siap bilik air, almari, air panas, TV, Internet free 24 jam kat luar, teah/coffee free setiap masa (kat cafe dia) dan basikal untuk merayap :D (siapa cepat dia dapat). Kira OL la tu..dah hampir macam 3 Star hotel dah..servis pun baik dan mesra...apa2 pun masuk bilik terus terkam tilam la..badan dah penat gile & sakit2...sehari dalam bas. nasib baik la bilik cukup selesa dan bersih...selamat malam...esok kita jalan2 ke Pasar Lama...tido dulu...

Copyright © 2009 Nota Kembara All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.